Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Wednesday, November 4, 2009

Amanat Mahaguru Kepada Murid-murid Gayong

"Tiang yang paling penting dalam penuntutan ilmu ialah taat setia yang tidak
berbelah bahagi. Tamak-tamak itu adalah satu daripada membunuh diri sendiri
ataupun satu kecelakaan kepada diri seseorang itu".


Jangan ditepuk susu di dulang
Anak harimau tak dapat menyusu
Janganlah pecah rahsia hulubalang
Nanti harimau hilang kuku

Jangan ditepuk darah di dulang
Anak harimau mencari ibu
Jangan pecah mentera hulubalang
Nanti harimau hilang asu

Jikalau ada dulang di tangan
Jangan biar jatuh terhempas
Jikalau ada senjata di tangan
Jangan biar orang rampas

Pecah GAYONG di dalam dulang
Dulang hanyut di lautan tujuh
Pecah GAYONG perpecahan sayang
Di satu masa balik berpadu (teguh)

Dato' Laksamana Hang Tuah pernah bersahut

"Takkan Melayu Hilang Di Dunia!"

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP