Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Wednesday, November 4, 2009

Ikrar Silat Gayong

Bismillahhirrahmannirrahim

Bahawasanya
kami ahli-ahli Gayong mengaku taat setia menjadi murid Silat Seni Gayong dan ahli Gayong

Bahawasanya
Kami mengaku taat setia kepada Allah
Kami mengaku taat setia kepada baginda Rasulullah (s.a.w)
Kami mengaku taat setia kepada guru kami
Kami mengaku taat setia kepada ibu dan ayah kami
Kami mengaku taat setia kepada negara kami
Kami mengaku taat setia kepada saudara se-Gayong dengan kami

Bahawasanya
Kami mengaku taat setia ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,
Raja Permaisuri Agong dan Sultan-sultan yang memerintah di seluruh Tanah Melayu

Ya Allah Ya Tuhan kami
Kau murahkanlah rezeki kami
Kau panjangkanlah umur kami dan kedua ibu bapa kami
Kau tetapkanlah iman kami
Kau lindungilah kami daripada segala malapetaka jin dan iblis dan manusia yang niat khianat ke atas diri kami dan negara kami

Amin Amin Ya Rabbal 'Alamin

Dato' Laksamana Hang Tuah pernah bersahut

"Takkan Melayu Hilang Di Dunia!"

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP