Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Wednesday, November 4, 2009

Mandi Perlimau Sintuk Seni

Peringkat Perlimau Sintuk Seni merupakan peringkat penuntutan ilmu ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Pelatih akan memperoleh perbezaan dalam penuntutan ilmu (dibenarkan mempelajari ilmu Silat Seni Gayong setinggi mana yang mampu, termasuklah bermain apa jua senjata dan ilmu kebatinan - tertakluk kepada syarat-syarat tertentu), kedudukan, dan mulai memegang tanggungjawab. Dalam upacara ini, pelatih dikehendaki bersih daripada hadas kecil dan besar(berwuduk).

Peralatan Mandi Perlimau Sintuk Seni
1. Sesisir pisang emas
2. Sebiji limau nipis
3. Akar sintuk
4. Asam jawa
5. Garam halus
6. Kemenyan
7. Bertih beras
8. 21 pucuk jarum
9. Tujuh jenis kuntuman bunga
10. Sebatang lilin putih
11. Pengkeras sebanyak RM21.00

Bagi wanita, peralatannya adalah sama dari angka 1-9. Sebagai tambahan untuk wanita:
• Sekapur sirih lengkap dengan ramuannya
• Pengkeras sebanyak RM11.50

Dato' Laksamana Hang Tuah pernah bersahut

"Takkan Melayu Hilang Di Dunia!"

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP