Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Wednesday, November 4, 2009

Mandi Minyak

Mandi minyak ini bukanlah suatu amalan kebatinan untuk menjadi kebal sepertimana yang sering digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak sehingga silat sering disalahtafsirkan. Mandi minyak merupakan satu amalan tradisi masyarakat Melayu yang bertujuan untuk pengubatan dan menyihatkan badan. ketika upacara ini dijalankan ahli-ahli gayong hanyalah menyepuh minyak panas di dalam kawah dan kemudiannya diurut ke seluruh badan. Amalan mandi minyak dikatakan mampu memberikan suatu daya tahan kepada bisa dan kepanasan.

Upacara mandi minyak dimulai dengan adat buka gelanggang terlebih dahulu. Mandi minyak adalah dikawal oleh guru-guru tua bermula daripada kelapa dibelah yang mana kesemua kerja-kerja membelah, mengopek dan memasak minyak kelapa dilakukan sepenuhnya oleh mereka. Mereka hendaklah berkeadaan suci dari hadas besar atau kecil serta telah bersembahyang sunat sebelum menjalankan kerja-kerja tersebut.

Semasa kerja-kerja memasak tersebut dijalankan, gurulatih-gurulatih dan ahli-ahli gayong yang terlibat akan berterusan membaca surah Al-Ikhlas sehinggalah upacara selesai. Ini adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah semoga pesilat dapat diasuh dan dibaja dengan didikan Al-Quran seterusnya melahirkan pesilat Gayong yang berpegang teguh pada Al-Quran dan Islam.

Dato' Laksamana Hang Tuah pernah bersahut

"Takkan Melayu Hilang Di Dunia!"

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP