Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Wednesday, November 4, 2009

Khatam/Tamat Pelajaran Permainan Seni Keris

Keris mempunyai keistimewaan dalam sejarah Melayu kerana ia lambang kekuatan dan kependekaran pahlawan-pahlawan Melayu zaman silam, misalnya Hang Tuah lima bersaudara. Permainan keris mempunyai rahsia dan nilai seni yang halus lagi tersendiri serta tidak sama dengan senjata-senjata lain. Malah permainan senjata keris amat berbahaya dan sememangnya susah untuk mengendalikan lawan yang hebat bermain keris.

Upacara perkhataman seni keris diadakan di laut (di tepi pantai). Perkhataman di laut merupakan salah satu adat-istiadat Seni Gayong dan juga merupakan cubaan atau dugaan terakhir kepada murid-murid Gayong setelah mereka tamat latihan menggunakan senjata tikam seperti keris.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk upacara Khatam Keris:
• Ayam (seekor)
• Bunga (tujuh jenis,tujuh warna)
• Sirih pinang berkapur gambir
• Pisang emas (sesikat)
• Kuih-muih Melayu(tujuh jenis)
• Lilin (sebatang)
• Pulut putih/kuning (sepiring)
• Limau nipis/akar sintuk
• Rokok daun bertembakau (segulung)
• Pelepah pisang
• Sehelai daun kelapa

Dato' Laksamana Hang Tuah pernah bersahut

"Takkan Melayu Hilang Di Dunia!"

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP